Mujahid akan lapor polis, saman Adun Slim River muat naik kenyataan berbaur fitnah

Mujahid akan lapor polis, saman Adun Slim River muat naik kenyataan berbaur fitnah

Datuk Seri  Dr Mujahid Yusof hari ini dijangka akan membuat laporan polis dan akan mengemukaka saman kepada Adun Slim River  atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah.

Menurut sumber dari pejabat menteri, laporan polis  itu akan dibuat oleh Setiausaha Akhbar kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Zulaikha Zulkifli pada jam 11 pagi ini.

Ini susulan Datuk Mohd Khusairi Abd Talib yang juga Ketua Umno Bahagian Tanjong Malim itu memuat naik sebuah banner berkaitan isu wendy loong di laman facebooknya.

Banner tersebut memuat naik petikan “Wendy Loong yang menghina nabi Muhammad adalah kes terpencil, orang Islam jangan terasa hati” dengan meletakkan gambar Dr Mujahid yang juga Naib Presiden AMANAH itu.

Beliau turut memuat naik kenyataan yang menyebut:” Selepas ini sesiapa saja individu boleh hina apa saja agama kerana pernuatan seumpama itu sudah dikasifikasikan oleh Menteri Agama sebagai kes terpencil dan tidak perlu diambil sebarang tindakan. Jangan ada mana-mana pihak terasa hati,” ulasnya.

Semalam Pemuda AMANAH Negeri Perak dan Pemuda AMANAH Tanjong Malim turut membuat laporan polis di IPD Slim River terhadap hantaran sama yang dikatakan memuat naik satu status dan kenyataan yang berbaur hasutan agama dan perkauman.

Bagaimanapun semakan Malaysia Dateline mendapati hantaran tersebut sudahpun dikeluarkan daripada laman facedbook miliknya.