Malaysia Dateline

Mujahid bakal diambil keterangan di Bukit Aman petang ini

Naib Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa bakal diambil keterangan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) pada pukul 5.30 petang ini.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu memberitahu hal tersebut menerusi hantaran di Facebook rasminya.

“In Shaa Allah petang ini saya akan ke Bukit Aman bagi diambil keterangan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas D5.

“Doakan semoga semuanya dipermudahkankan. Amin,” kata Ahli Parlimen Parit Buntar itu lagi.

Difahamkan, Mujahid dipanggil untuk membantu siasatan berhubung kes yang disiasat pada Mac lalu berkaitan Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Bagaimanapun, Mujahid dilapor tidak mengetahui siasatan apakah yang dikenakan terhadap dirinya.