Mujahid komited tentang mungkar, kata Hanipa

Mujahid komited tentang mungkar, kata Hanipa

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Mohamed Hanipa Maidin berkata, beliau membaca dengan penuh minat kenyataan sahabat baik beliau YB Menteri Agama, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dalam isu operasi pencegahan maksiat.

Katanya lagi, beliau juga mengikuti komen-komen daripada ramai pihak termasuk para agamawan tertentu tentang isu ini.

“Maaf, saya lebih cenderung menyokong pendapat Sohibus Samahah Al-Fadil Mufti Pulau Pinang.

“Saya tak rasa timbul sama sekali isu YB Menteri menyokong perbuatan maksiat,” kata Ahli Jawatankuasa AMANAH itu melalui Facebooknya hari ini.

Menurut Hanipa, setahu beliau, Dr Mujahid amat komited dan konsisten menentang perkara mungkar sedangkan ada para agamawan pernah memberi “peluru” kepada perbuatan mungkar oleh pihak tertentu dalam isu 1MDB.

Beliau tambahnya, juga setuju jika selepas ini difikirkan mekanisme baru untuk kita menangani isu ini dengan lebih adil di masa hadapan.

6.3
OVERALL SCORE
: 9.0
2 user votes x 5.0
CATEGORIES
TAGS