Malaysia Dateline

Mujahid ingatkan penduduk di Kelantan, Terengganu berdoa ketika hadapi banjir

Menteri di Jabatan Agama Menteri Datuk Ser Dr Mujahid Yusuf hari ini mengingatkan penduduk di negeri Kelantan dan Terengganu berdoa ketika menghadapi musim tengkujuh di dua negeri itu.

“Laporan media hari ini memberi amaran tentang cuaca yang semakin buruk di Pantai Timur terutamanya di Kelantan dan Terengganu ekoran hujan lebat dan banjir yang melanda di dua negeri berkenaan.

“Jumlah mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu juga difahamkan semakin
meningkat. Saya doakan seluruh masyarakat di Pantai Timur terutamanya kepada mangsa banjir agar tabah dan sabar dengan ujian ini. Sentiasa berhati-hati di musim banjir dan berdoa semoga dimudahkan segala kesulitan yang dihadapi,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut berpesan agar rakyat di Kelantan dan Terengganu untuk mengamalkan doa yang diajarkan oleh Rasulullah saw ketika menghadapi musibah banjir dan hujan lebat.

Ayat ituy yang bermaksud:“Ya Allah,َturunkanlahَhujanَdiَsekitarَkami,َjanganَyangَmerosakkan kami. Ya, Allah! turunkanlah hujan di dataran tinggi, di bukit-bukit, di perut lembah dan tempat tumbuhnyaَ pepohonan.”- Riwayat al-Bukhari.

Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia)) dalam laporannya dipetik berkata, bulan Disember Kelantan serta utara Terengganu dijangka menerima hujan pada paras purata antara 450mm hingga 850mm.

Semalam media melaporkan Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 4,386 orang membabitkan 1,342 keluarga sehingga pukul 8.00 malam semalam i berbanding 2,652 mangsa pada pukul 4.00 petang semalam.

Situasi banjir di Terengganu semakin reda dengan menyaksikan bilangan mangsa yang terjejas menurun kepada 1,436 berbanding 2,448 pada Sabtu.Ia berikutan banjir di beberapa kawasan, khususnya di Besut dan Setiu, mulai surut pada Ahad,.

Pada Sabtu, Met Malaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk dan waspada peringkat jingga dan kuning terhadap tiga negeri di pantai timur dan Johor.

Ia turut dikeluarkan kepada tiga daerah di Terengganu membabitkan Besut, Setiu dan Hulu Terengganu.