Mujahid sokong keputusan kabinet turunkan had umum mengundi

Mujahid sokong keputusan kabinet turunkan had umum mengundi

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menyokong penuh keputusan kabinet untuk menurunkan had umur kelayakan mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun.

Beliau berkata, dalam manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 Pakatan Harapan juga ada cadangan untuk merendahkan umur pengundi.

“Pada saya, ini boleh memberi peluang kepada golongan muda untuk memberikan pendapat atau pandangan serta mendengar hak mereka untuk bersuara,”

“Justeru itu, ianya adalah sesuatu yang wajar dilaksanakan di dalam ruang pentadbiran negara iaitu demokrasi berparlimen,” katanya pada sidang media di hari ini selepas merasmikan Sambutan Maal Hijrah di Kompleks Islam Kuala Lumpur.

Dr Mujahid yang juga Naib Presiden AMANAH itu berkata, selain daripada boleh mengundi pada umur 18 tahun, kerajaan sekarang juga akan menbawa pakej reformasi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memantapkan lagi pentadbiran di negara ini.

Semalam Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memaklumkan mengenai keputusan kabinet untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi menurunkan umur kelayakan mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun.

Keputusan kabinet itu juga turut disokong Ketua Pemuda Pakatan Harapan Nik Nazmi Nik Ahmad dalam kenyataannya hari ini.

Nik Nazmi yang juga Ahli Parlmen Setiawangsa mengharapkan mengharapkan Kerajaan Persekutuan akan memastikan proses meminda Perlembagaan dilakukan dengan telus, dan konsultasi yang tepat dari semua pihak berkepentingan

COMMENTS

Wordpress (0)