Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa merakamkan ucapan tahniah kepada Dr Habib Salem Al Sagof al-Jufri yang dilantik Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, menggantikan Prof Sheikh Dr Ahmad al-Raysuni yang telah meletakkan jawatan atas sebab kesihatan.
Menurut Mujahid yang juga Naib Presiden AMANAH, pelantikan Dr Habib Salem ini merupakan pertama kali seorang tokoh ulama dari rantau Asia Tenggara diberi amanah memimpin sebuah organisasi yang dihormati di peringkat antarabangsa.
“Saya yakin pelantikan ini memberikan semangat dan kekuatan kepada umat Islam di nusantara secara khusus dan untuk dunia Islam secara umum.
“Cabaran geo-politik dunia dan cabaran krisis perubahan iklim pastinya akan diambil sebagai sebahagian cabaran yang perlu dipikul oleh kepimpinan ulama sedunia. Saya percaya As Syeikh Dr. Habib Salem al Sagof punya kapasiti memimpin arus cabaran-cabaran ini,” katanya yang juga Pengerusi Nadwah Ulama Nahdhah Jadidah (NUNJI) dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.
Dr Habib Salim merupakan Ketua Majlis Syura Parti Keadilan Sejahtera, Indonesia serta telah menyandang jawatan Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia sejak 2018.
Baca juga: Helikopter terputus hubungan selepas 39 minit terbang
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio