“Muka bukan main lagi cantik tapi pengotor” – Wanita terkejut lihat bilik penyewa penuh sampah

Oleh MAISARAH AISYA

Siapa sangka luaran terlihat sempurna dan kemas namun tiada orang dapat menyangka keadaan di sebalik pintu.

Bila dah lihat diri kemas mesti terbayang betapa pembersihnya seseorang itu tapi sangkaan meleset.

Walaupun tidak semua, pastinya setiap individu harus menjaga kebersihan masing-masing terutamanya dalam bilik tidur.

Seorang individu memuat naik video keadaan sebuah bilik sewa yang berada dalam keadaan berselerak, kotor dan dipenuhi sampah.

Menurut Wolipop, pemilik bilik sewa itu akui terkejut kerana penghuninya itu sering berpakaian kemas dan berupa paras cantuk.

Jika dilihat pada penyewa tersebut pastinya ramai tidak akan menyangka akan sikap sebenarnya.

“Penghuninya cantik dan sentiasa kelihatan kemas apabila berada di luar.

“Namun, di dalam bilik, pakaian dan barangnya bersepah. Kebetulan pintu tidak dikunci.

“Terhidu bau busuk di luar bilik dan keadaan sangat kotor. Tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata,” ujar pemilik tersebut.

Lebih menjijikkan, ada kelihatan periuk nasi di atas lantai dalam keadaaan tidak dibasuh, malah ada sisa nasi yang kering.

Malah sisa lauk di atas pinggan juga masih tidak dibuang dan dibiarkan begitu sahaja di dalam bilik tersebut.

Bukan hanya makanan, malah ada banyak jenis sampah yang dibuang merata termasuk di dalam almari baju dan permaidani juga penuh dengan kesan kotoran.

Baca juga: Restoran Chef Wan didakwa tak bayar OT, potong gaji pekerja sebab tak untung?