Malaysia Dateline

Muka cuak guna blender – Aksi si cilik ini buat netizen terhibur

Muka cuak saja guna blender. Itu reaksi awal seorang kanak-kanak lelaki apabila menggunakan mesin pengisar.

Murid tadika itu mungkin kali pertama menggunakan blender sambil disaksikan sekumpulan rakan-rakan sebayanya yang lain.

Walau bagaimanapun, wajah terkejut budak itu hanya di peringkat awal sahaja sebelum dia dilihat kembali tenang dengan tangan kanan masih pada penutup blender itu.

Sebelum itu, nampaknya bukan dia sahaja yang takut-takut menggunakan mesin tersebut.

Beberapa kanak-kanak lain yang menjadi ‘penonton’ di hadapannya juga menutup telinga mungkin tidak tahun bunyi bising mesin itu.

Baca juga ‘Jangan nanti anak belum sunat dah kena dialisis’

Baca juga IQ masing-masing kat tapak kaki, lelaki bengang tiktoker buat lawak rogol di ‘live’