Muka The Rock dipenuhi dengan gincu merah jambu, ini yang terjadi sebenarnya

Oleh KIM SYAZIE

Pelakon Hollywood terkenal, The Rock mengejutkan pengguna media sosial apabila memuat naik video penampilan terbarunya.

Muka dan kepala botak pemilik nama Dwayne Douglas Johnson itu dipenuhi dengan ‘solekan’ gincu berwarna merah jambu.

Menerima ‘makeover’ terbaru itu dengan pasrah, pelakunya bukanlah jurusolek terkenal, tetapi anak perempuannya sendiri.

Menurut satu hantaran di akaun Instagram miliknya, The Rock bersetuju untuk memenuhi permintaan anaknya untuk disolek.

Mempunyai mesyuarat penting dalam masa 10 minit, dia meminta dua orang anak gadisnya itu untuk menyoleknya dengan pantas.

“Dua anak saya ketawa tanpa henti, tanpa belas kasihan,” tulis Johnson yang redha dengan kelakuan nakal buah hatinya itu.

Bernasib baik, The Rock kemudian dimaklumkan bahawa mesyuarat atas talian yang diatur menerusi aplikasi Zoom itu dibatalkan.

Meninggalkan kesan warna merah jambu walaupun telah dicuci, The Rock mengambil masa selama satu jam untuk membersihkan gincu itu.

Selagi masa masih ada, The Rock berkata dia rela melakukan apa saja untuk mencipta kenangan indah bersama anak gadisnya itu.

Baca juga: Hakim Nadia wanita Islam pertama pakai hijab ketika bertugas di mahkamah AS