Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Mukhriz ikrar pertahan pentadbiran Bersatu, PH di Kedah

Mukhriz ikrar pertahan pentadbiran Bersatu, PH di Kedah

BernamaMarch 5, 2020 2:00 pm




Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz  Mahathir berikrar akan mempertahankan Kedah yang kini menjadi negeri terakhir ditadbir menteri besar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), susulan perkembangan politik tanah air.

Selepas kerajaan PH tumbang di Johor yang menyaksikan jawatan menteri besar di negeri itu digantikan dengan pemimpin parti lain dan Perak yang turut dijangka mengalami perubahan kepimpinan, kini Kedah menjadi harapan terakhir untuk kekal diterajui Bersatu.

Menurut Mukhriz, walaupun di peringkat nasional Bersatu diumumkan keluar daripada PH dan menjadi sebahagian daripada gabungan yang membentuk Perikatan Nasional, keadaan di negeri ini berbeza kerana Bersatu memilih untuk kekal dengan PH membentuk kerajaan negeri.

“Johor negeri kita, kalah dah, Perak kemungkinan besar pun Bersatu hilang. Yang tinggal sekarang untuk Bersatu adalah Kedah Darul Aman… yang ini pun umpama telur di hujung tanduk.

“Jadi dalam perkembangan politik semasa ini, demi kepentingan parti kita dan semua perjuangan parti kita, kita mesti mempertahankan mati-matian, kita tak akan serahkan kerajaan negeri ini kepada Pas,” katanya semasa berucap pada Program Penerangan Bersatu Kedah di sini,  Rabu malam.

Turut hadir pada majlis itu Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Ir Amiruddin Hamzah.

Untuk rekod, Pas menguasai 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah, manakala PKR (7), Bersatu (6), Amanah (4), DAP (2) dan Umnp (2).

Dalam pada itu, Mukhriz yang juga Timbalan Presiden Bersatu menyangkal dakwaan yang mengatakan kononnya kerajaan negeri ini dikuasai oleh DAP kerana parti itu hanya memiliki dua kerusi Dewan Undangan Negeri dengan seorang daripadanya dilantik sebagai exco.

Beliau turut memberi jaminan bahawa kerajaan negeri akan terus mengutamakan kepentingan berkaitan orang Melayu dan Islam serta dalam masa yang sama memelihara hak masyarakat dan agama lain di negeri ini.

Dalam ucapannya di hadapan ratusan pimpinan peringkat negeri dan ahli Bersatu itu juga, Mukhriz turut menegaskan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad masih lagi pengerusi Bersatu selepas peletakan jawatannya sebelum ini ditolak sebulat suara oleh Majlis Pimpinan Pusat parti itu.– BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Bukan setakat 2 kolam, 100 kolam pun Pas sanggup masuk

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

“IKEA, kedai emas dibenar operasi peniaga kecil disuruh duduk rumah”

Pesakit COVID-19 di ICU semakin bertambah, 8 lagi maut

Kelantan dikenakan PKP mulai 16 hingga 26 Januari

‘Semoga ada lagi yang akan tarik sokongan daripada Muhyiddin’

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production