Ahmad Bashah pengganti MB, Mukhriz ikrar tidak berdiam diri

Ahmad Bashah pengganti MB, Mukhriz ikrar tidak berdiam diri

Ketika Timbalan Ketua Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah diumumkan sebagai menteri besar Kedah yang baru dalam satu sidang media khas oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Bakar Din, bekas menteri besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyatakan tidak akan berdiam diri.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Ketika Timbalan Ketua Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah diumumkan sebagai menteri besar Kedah yang baru dalam satu sidang media khas oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Bakar Din, bekas menteri besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyatakan tidak akan berdiam diri daripada mengulas isu derma RM2.6 bilion dan skandal 1MDB .

Mukhriz mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah berkuat kuasa serta-merta dalam satu sidang media di Wisma Darul Aman,Alor Setar ekoran hilang sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri Kedah.

“Saya dimaklumkan saya hilang sokongan majoriti oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah semalam,” lapor Bernama.

Sementara itu Mukhriz berkata, usaha untuk menyingkirkan beliau sebagai menteri besar Kedah tidak akan mendiamkannya daripada mengkritik isu sumbangan RM2.6 bilion dan 1MDB.

“Tetapi sekarang saya rasa merdeka dan bebas dan tidak akan berdiam diri,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Ketika ditanya adakah beliau akan bersara daripada politik, Mukhriz berkata: “Tidak, ia darah daging saya. Jika rakyat masih mahukan saya, saya akan teruskan.”

Beliau juga memberitahu menolak jawatan timbalan menteri yang ditawarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

TAGS