Malaysia Dateline

Konvensyen AMANAH Nasional 2019 bermula hari ini

Konvensyen AMANAH Nasional 2019 akan bermula hari ini selepas selesai Konvensyen PEMUDA AMANAH Nasional semalam dan Konvensyen Angkatan Wanita (AWAN) Nasional pada 1 Disember lepas.

Hari ini seramai 925 perwakilan akan mengundi untuk memilih Ahli Jawatankuasa (AJK) Pimpinan Tertinggi parti yang akan dilaksanakan dalam konvensyen tiga hari bermula hari ini sehingga Ahad.

Konvensyen AMANAH Nasional kali ke-4 diadakan dan buat pertama kali tahun ini pemilihan jawatankuasa di setiap cawangan, bahagian dan sayap parti telah dilaksanakan bagi sesi 2019-2022, sejak AMANAH ditubuhkan pada 16 September 2015 lalu.

Kepimpinan baru sayap AMANAH 2019-2022 (kiri) Ketua Pemuda Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim  dan (kanan )Ketua AWAN Senator Aiman Athirah Al Jundi.

Sayap PEMUDA  dan AWAN  telah membariskan muka baru untuk terus menerajui pimpinan sayap itu diperingkat nasional apabila perwakilan pemuda memilih Naib Pengerusi AMANAH Negeri Perak, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim untuk menerajui barisan kepimpinan sayap PEMUDA dan bagi AWAN memilih Ketua Penerangan Wanita Pakatan Harapan (PH) Senator Aiman Athirah Al Jundi untuk menerajui kepimpinan sayap wanita bagi sesi 2019-2022..

Konvensyen kali ini bertemakan ‘Kestabilan Memacu Kemakmuran Bersama’ yang akan disampaikan oleh Presiden Mohamad Sabu dijadualkan pada jam 4.00 petang ini.

Konvensyen yang diadakan di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam hari ini, selain perbahasan pidato Presiden, turut menentukan barisan 27 Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional,termasuk jawatan Speaker dan Timbalan; serta dua jawatan juruaudit daripada undian perwakilan.

Keputusan pemilihan AJK Pimpinan  AMANAH Nasional itu akan diumumkan hari ini selepas perwakilan menerusi e-voting dilaksanakan. AMANAH kali ini untuk semua peringkat pemilihan yang mana semasa pemilihan berlansung, perwakilan hanya perlu log-in dalam sistem tersebut.

Perwakilan akan mengunakan password dan akses yang diberikan untuk mengundi calon pilihan mereka. Melalui e-voting ini kurang daripada 30 minit keputusan boleh diketahui secara langsung yang akan dipaparkan di layar besar pentas utama yang hanya akan memaparkan calon top 40 daripada 87 calon-calon yang disenaraikan.

Manakala bagi jawatan Presiden, Timbalan dan lima  orang Naib Presiden, aka ndiadakan  satu Mesyuarat Khas  pada Sabtu untuk menentukan kepimpinan utama bagi sesi 2019-2022.

Mesyuarat khas itu terdiri daripada 27 AJK Pimpinan Nasional, dua pimpinan sayap PEMUDA dan AWAN; serta 14 Pengerusi Negeri.

Keputusan penuh barisan kepimpinan baharu AMANAH bagi sesi 2019-2022 akan diumumkan esok.