Mula-mula gementar, lepas tu seronok, kata Hanipa selepas kembali ke mahkamah

Mula-mula gementar, lepas tu seronok, kata Hanipa selepas kembali ke mahkamah

Ahli parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin buat pertama kali semalam masuk dan berhujjah semula di mahkamah selepas berehat sejak 4 April 2016 selepas pengsan di Dewan Rakyat.

Beliau ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang semalam bagi mewakili presiden Amanah, Mohamad Sabu dalam kes rayuan oleh Timbalan Pendakwaraya.

Pendakwaraya membuat rayuan di Mahkamah Tinggi semalam ke atas keputusan Mahkamah Sesyen yang membebaskan Mohamad dari dakwaan memfitnah anggota polis yang mati dalam kes Bukit Kepong.

Hanipa memeriksa dokumen pembelaan beliau sebelum mahkamah bersidang semalam.“Mula-mula rasa gementar tetapi selepas itu rasa seronok,” kata Hanipa kepada Malaysia Dateline mengulas penampilan kali pertamanya ke mahkamah selepas hampir satu tahun tidak hadir.

Menurut Hanipa, sebelum ini beliau telah hadir ke parlimen bagi sidang bajet yang lepas dan dapat beberapa kali berhujjah.

“Tetapi tak rasa gementar sebab hujjah di parlimen dan mahkamah amat berbeza,” kata Hanipa lagi.

Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu diputuskan tidak bersalah oleh Mahkamah Majistret Butterworth pada 8 Julai 2015 atas dakwaan membuat kenyataan fitnah berkaitan serangan komunis di balai polis Bukit Kepong pada 1950.

Hakim mahkamah berkenaan, Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membaca kenyataan kes dalam masa tidak sampai satu minit dengan mengambil pandangan berbagai hujah dari peguam ke dua belah pihak.

Hanipa dalam ucapan ringkasnya ketika itu menjelaskan, sekarang terbukti apa yang diperkatakan oleh Mohamad adalah satu kebenaran yang diselindungi daripada umum.

“Keputusan ini satu peristiwa untuk membetulkan keadaan sejarah sekaligus menangkis bahawa Haji Mohamad Sabu memfitnah keluarga polis Bukit Kepong, ” tambah beliau yang juga Ahli Parlimen Sepang.

Pada 4 April 2016, Hanipa dikejarkan ke hospital selepas pengsan semasa menghadiri sidang Dewan Rakyat.

Pada kejadian kira-kira 5.30 petang itu, Hanipa dikatakan secara tiba-tiba mengalami pening kepala dan kelihatan tidak bermaya.

“Semua orang bangun masa rehat (kecuali beliau).

Hanipa masuk ke mahkamah a dguam beliau Mohamad Sabu dan rakan peguamnya.“Dia hanya terduduk dan tidak boleh bangun, (Ahli Parlimen Klang) Charles Santiago dan saya mendekati dan menyapanya tetapi beliau tidak jawab,” kata Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran ketika itu.

Sejak itu Hanipa mendapat rawatan dan kini masih menggunakan tongkat untuk membantu beliau.

Dalam kes semalam, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menetapkan 31 Mac ini untuk membuat keputusan berhubung rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Mohamad Sabu daripada pertuduhan memfitnah dalam isu komunis Bukit Kepong, dua tahun lalu.

Hakim Lim Chong Fong menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan Ketua Unit Pendakwaan Pulau Pinang Datuk Razali Che Ani serta hujahan peguam Aminuddin Zulkipli dan Hanipa yang mewakili Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

TAGS