Malaysia Dateline

Mulai 1 Sept, 159,000 pekerja gaji rendah di Singapura akan dibayar paling kurang RM4,500 sebulan

Mulai 1 Sept kira-kira 159,000 pekerja berpendapatan rendah di Singapura akan dibayar gaji sekurang-kurangnya S$1,400 atau RM4,500 di bawah keperluan Gaji Kelayakan Pekerja Tempatan (LQS) yang baru mulai semalam.

Berdasarkan laporan Berita Media Corp Singapura, mereka yang menikmati kenaikan gaji itu merupakan pekerja dalam sektor yang tidak diliputi di bawah Model Gaji Progresif (PWM).

Malah, pekerja sambilan turut akan meraih manfaat daripada syarat LQS yang baru itu kerana mereka perlu dibayar gaji kasar sekurang-kurangnya S$9 setiap jam.

LQS sudah menjalani semakan semula sebanyak empat kali dalam tempoh lima tahun lalu dan dinaikkan dari S$1,000 pada 2016, kepada S$1,400. Majikan perlu membayar gaji sekurang-kurangnya S$1,400 kepada semua pekerja tempatan sebelum mereka boleh menggajikan pekerja hijrahan.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam Rapat Umum Hari Kebangsaan tahun lalu berkata PWM dan langkah-langkah lain untuk menaikkan gaji pekerja bergaji rendah akan diperluaskan untuk merangkumi lebih ramai pekerja, meliputi lapan daripada setiap 10 pekerja bergaji rendah sepanjang tahun-tahun akan datang.

Dua lagi perubahan kepada skim gaji akan dikuatkuasakan pada 1 September.

Pertama, PWM untuk sektor runcit akan dilaksanakan, memanfaatkan sekitar 19,000 pekerja runcit sepenuh masa, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Rabu (31 Ogos).

Tambah kementerian itu lagi, gaji permulaan PWM untuk sektor runcit akan tumbuh 18 peratus dalam tempoh tiga tahun.

Kedua, PWM untuk sektor pembersihan, keselamatan dan landskap, yang sebelum ini hanya meliputi pekerja penyumberan luar – akan diperluaskan kepada mereka yang bekerja dalam syarikat juga. Ini akan memanfatkan sekitar 19,000 pekerja bergaji rendah sepenuh masa, menurut MOM.

Mulai 1 Sept, 159,000 pekerja gaji rendah di Singapura akan dibayar paling kurang RM4,500 sebulan

Secara keseluruhan, 197,000 pekerja bergaji rendah sepenuh masa bakal meraih manfaat daripada langkah gaji progresif baru tersebut.

Menurut MOM majikan perlu meneliti sekiranya pekerja mereka melakukan tugas yang tertera di bawah PWM, dengan merujuk kepada laman MOM. Majikan kemudian perlu mengemaskini dan mengirimkan peranan kerja PWM pekerja masingg-masing, jika ada, menerusi portal “Occupational Employment Dataset”.

Rakan kongsi tiga pihak – kesatuan, majikan dan Pemerintah akan memberi perhatian dalam mengajar majikan mengenai pelbagai syarat yang perlu dipenuhi untuk layak mulai September 2022 hingga Februari 2023.

Untuk menyokong majikan membuat penyesuaian dengan perubahan-perubahan tersebut, Pemerintah akan turut membiayai bersama kenaikan gaji yang diberikan kepada pekerja bergaji rendah di bawah Skim Kredit Gaji Progresif (PWCS).

PWCS akan dijalankan selama lima tahun dari 2022 hingga 2026.

Majikan digesa agar memanfaatkan tempoh tersebut untuk mempercepatkan usaha meningkatkan daya penghasilan, sekali gus memastikan kenaikan gaji dapat berdaya tahan untuk jangka masa yang panjang, kata MOM,

Baca juga: ‘Jihad Inflasi PM masih tidur lagikah? Harga barang masih mahal, inflasi pula terus naik’

Baca juga: Wanita enggan teruskan hubungan cinta ditetak, ditikam teman lelaki kerana terlalu marah