Mulakan reformasi negara dengan turunkan Najib

Mulakan reformasi negara dengan turunkan Najib


Ketika beberapa tokoh politik termasuk mantan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar reformasi terhadap sistem pentadbiran negara disegerakan bagi menyelamatkan Malaysia, Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar menyarankan reformasi dimulai dengan menggantikan Perdana Menteri.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Ketika beberapa tokoh politik termasuk mantan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar reformasi terhadap sistem pentadbiran negara disegerakan bagi menyelamatkan Malaysia, Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar menyarankan reformasi dimulai dengan menggantikan Perdana Menteri.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam, beliau berkata adalah lebih menguntungkan jika beliau mengambil pendirian untuk Datuk Seri Najib Razak terus menjadi Perdana Menteri kerana ini akan terus membangkitkan rasa tidak puas hati rakyat dan BN akan ditolak pada pilihan raya umum akan datang.

Namun katanya, kerosakan akan terus berlaku dalam tempoh dua tahun ini dan rakyat akan terus menjadi mangsa.

“Apakah kerana kepentingan parti pembangkang kita sanggup memangsakan rakyat dan negara? Tidak sama sekali. Yang penting Negara dan rakyat mesti didahulukan. Malaysia dan rakyatnya mesti diselamatkan,” katanya.

Beliau berkata, Najib mesti diturunkan melalui desakan dan tuntutan rakyat secara demokratik dan desakan supaya Najib berundur adalah sebahagian daripada reformasi negara.

“Jika ada orang menyatakan tidak cukup menurun Najib seorang jika sistem dan institusi tidak berubah, saya bersetuju kenyataan tersebut dan reformasi institusi (institutional reform) ini bermula dengan menurunkan Najib daripada jawatan PM.

“Jika Najib seorang tidak dapat diturunkan jangan bermimpi untuk reformasi negara Kerana Najib sendiri kini sudah menjadi satu institusi.

“(Pada) PRU14 seluruh institusi negara akan dikerah untuk melindungi serta mempertahankan Najib dan pasukannya. Keazaman dan kebijaksanaan kita tidak pernah berganjak untuk merubah sistem,” tegasnya.

Menurut beliau, negara dan rakyat sudah tidak mampu bertahan menanggung beban masalah yang berlaku dalam pentadbiran Najib sama ada di bidang ekonomi mahu pun politik.

“Kewangan bernanar, rasuah berlegar menjadi makanan harian, salahguna kuasa bermaharaja lela, pembohongan makin menjadi-jadi, pembodek dihargai, yang salah disanjungi, yang benar dikeji dan beban hidup rakyat makin merempat…,” kesalnya.

Menurut beliau, kedegilan dan keangkuhan Najib dan kerajaan Umno/BN untuk mengakui kesilapan dan kesalahan menjadikan negara terbabas daripada landasan keadilan dan demokrasi.

Serangan, pencerobohan dan pencabulan terhadap institusi perundangan dan kewangan negara menjadikan negara sedang dikuasai oleh “institusi Najib”.

“Tiada reformasi negara jika Najib seorang gagal diturunkan,” tegas beliau lagi.

TAGS