Malaysia Dateline

Mulanya disangka perompak, wanita ini tiba-tiba berderau darah di kaunter bayaran pasar raya

Ingatkan perompak, rupa-rupanya sangkaan itu jauh meleset apabila mengetahui hal sebenar di kaunter bayaran sebuah pasar raya.

Oleh itu, jangan pernah bersangka buruk walaupun kita diingatkan perlu berwaspada atau buat baik berpada-pada.

Yang penting, sentiasa peduli dengan orang sekeliling walau di mana kita berada. Mungkin ada hidupnya terdesak dihimpit kesusahan dan peluang untuk kita beramal.

Ikuti perkongsian pengalaman LINA MOHD yang menyentuh hati ini:

Baru-baru ini saya ke Speedmart nak beli pasir kucing. Parking tiada, saya parked blocked kereta orang. Jangan tiru aksi ini ya. Saya nak cepat! Saya tak biasa keluar petang tapi sebab emergency saya terpaksa keluar.

Masa saya keluar kereta terserempak dengan lelaki ini. Resah saya tengok. “Eh, dia ni rapat sangat dengan aku dengan basikal dia apa hal? Macam nak rompak aku je,” kata hati jahat saya. Padahal, dia cuma nak lalu je.

Saya pun gerak terus masuk Speedmart. Lepas tanya pekerja Speedmart, mana pasir yang saya nak, saya terus ke lorong belakang. Masa dalam perjalanan ke belakang, saya nampak lelaki tiada depan juruwang. Dok tengok kiri kanan. “Sudah! Mamat ni apa ni. Nak rompak ke?” Saya cuak habis.

Saya perhati dia, sambil acah-acah saya pilih barang. Saya terdengar dia cakap dengan juruwang dengan nada perlahan. Tapi sangat jelas di telinga saya. Di tangannya, saya ternampak dia pegang kad ATM.

“Dik, abang nak tanya, abang nak beli Maggie dengan beras. Kalau kata duit abang dalam kad ni tak cukup, boleh tak adik cancel salah satu.”

Berderau darah saya!😭😭 Koyak pecah teruk hati saya bila dengar. Ya Allah, orang yang saya sangka macam perompak rupanya tengah struggled.

“Boleh bang. Kejap lagi saya check kan untuk abang,” balas juruwang.

Settled saya ambil barang yang saya nak saya terus ke juruwang itu.

“Dik, abang tadi punya barang, takpe akak bayarkan.”

Juruwang tadi agak keliru tetapi dia angguk saja.

Ok, kak”

Lelaki tadi datang letak sebungkus Maggie dan beras 5 kilo.

“Encik, saya dah bayar semua. Ada nak ambil apa apa lagi. Susu anak ada?”

Terhambur ayat itu dari mulut saya. Masa itu, saya tak berani tenung muka dia sebab rasa bersalah nak mati. Cuma sejeling, saya nampak mata dia berkaca. Mungkin terharu.

“Ya Allah, kak. Terima kasih. Ini dah cukup,” dalam keadaan menunduk-nundukkan kepala berkali-kali ucap terima kasih.

“Moga murah rezeki encik,” balas saya dan terus pergi.

Masuk kereta. Menitis air mata. Bersalah ya Allah betapa tak husnudzon je saya tadi😭. Masa nak reverse kereta saya nampak dia di basikalnya mengikat bungkusan beli tadi. Nampak muka macam sedikit gembira. Dia tak perasan saya dalam kereta sebab kereta saya cermin gelap.

Saya tulis ni bukan nak tunjuk saya belanja dia. Tapi saya nak ingatkan diri sendiri bahawa sesusah susah kita ada lagi yang menderita. Saya makan sedap hari-hari. Dia beli beras dan Maggie pun berkira-kira. Kalau tak kerana aku blocked kereta orang tadi dan rushing nak alih, saya suruh dia ambil sardin, minyak, telur. Tapi Allah takdirkan itu saja bahagian dia daripada saya hari itu.

Jika kita ke pasar raya lihatlah kiri kanan. Mungkin ada yang memerlukan.

Allah tarbiahkan saya pelajaran hebat. Padan dengan muka saya. Sampai sekarang rasa bersalah sebab ingat dia perompak. Allah!😭

Baca juga Duduk Malaysia memang sangat susah, wanita ini kongsi pengalaman dapat banyak simpan duit kerja di UK

Baca juga Wanita hilang pendapatan selepas lapor MB Kedah langgar SOP