Mungkinkah PKR Kedah terima Pengerusi MKN baharu?

Mungkinkah PKR Kedah terima Pengerusi MKN baharu?

Kehadiran Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta pertemuan dengan pimpinan cabang negeri Kedah semalam dijangka dapat merungkai pelbagai tanda tanya yang sedang bermain dipemikiran mereka.

Setelah selesainya pemilihan cabang-cabang serta pimpinan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) kini semua negeri masih menanti siapa yang akan menerajui Majlis Pimpinan Negeri (MPN) pula.

Dalam konteks negeri Kedah pelbagai persoalan timbul mengenai pelantikan Pengerusi MPN negeri kali ini.

Dr Azman Ismail

Apakah Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dr Azman Ismail yang juga merupakan Ketua Cabang Kuala Kedah, akan kekal diberi mandat untuk meneruskan kepimpinan beliau sebagai Pengerusi MPN atau sebaliknya?

Adalah difahamkan daripada sejumlah 15 cabang yang ada di negeri Kedah, rata-rata berpandangan bahawa pelantikan Pengerusi MPN haruslah atas konsensus ketua-ketua cabang dan suara ini perlu dihormati.

Ketua Cabang Padang Terap, Hashim Idris ketika ditemui semalam turut berkata, mandat ketua-ketua cabang adalah jalan yang terbaik bagi melantik Pengerusi MPN kali ini.

“Ketua-ketua cabang adalah pimpinan cabang yang telah menerima mandat dari ahli dan perwakilan semasa pemilihan cabang.

“Kemenangan di peringkat cabang harus dihormati oleh semua pihak kerana ia adalah mandat dari akar umbi.

“Oleh kerana itu kesepakatan dari ketua-ketua cabang untuk memilih Pengerusi MPN negeri Kedah mestilah

Azman Nasrudin

dihurmati oleh semua pihak,” jelasnya.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Lunas, Azman Nasrudin ketika ditemui turut berkata sewajarnya Pengerusi MPN dilantik dalam kalangan mereka yang memenangi kerusi ketua cabang.

“Kita harus menghormati mandat yang telah diberikan oleh perwakilan dan ahli parti sebelum ini.

“Keputusan bagi melantik Pengerusi MPN Negeri haruslah dalam kalangan ketua-ketua cabang yang menang.

“Hanya dengan cara ini memperlihatkan kita menghormati suara dan mandat yang telah diberikan oleh perwakilan,” tegasnya lagi.

Menurut sumber dalaman, mereka enggan menerima sekiranya pelantikan kerusi Pengerusi MPN negeri kali ini diberikan kepada mereka yang tidak menerajui mana-mana kerusi sebagai ketua cabang.

Sehubungan itu Anwar mempunyai komitmen yang besar bagi memastikan suara-suara ketua cabang turut dihormati dan diberi pertimbangan dalam pelantikan kali ini.

Apakah Ketua Cabang Alor Setar yang juga merupakan exco kerajaan negeri, Zamri Yusuf turut mempunyai peluang untuk menduduki kerusi tersebut juga menjadi persoalan.

Bagaimana pula dengan kedudukan Ketua Cabang Kubang Pasu, Nasrul Omar Che Mansor, Cabang Langkawi, Adnan Hasan, Ketua Cabang Jerlun, Dr Adi Anuar Azmin serta Ketua Cabang Pokok Sena, Che Mat Dzaher Che Mat.

Sudah pasti peluang juga terbuka luas bagi Ketua-Ketua Cabang Pendang, Roziee Mohamad, Cabang Jerai, S.Poobalan, Cabang Sik, Basri Omar, Cabang Merbok, R.Summugam maupun Ketua Cabang Sungei Petani, Dr Robert Ling.

Manakala peluang ini juga terbuka bagi ketua cabang yang lain seperti Cabang Baling yang diterajui oleh Razaini Md Isa, Ketua Cabang Padang Serai, Balasubramaniam atau pun Teh Lean Ong yang menerajui Cabang Kulim-Bandar Baharu.