Malaysia Dateline

Murid Darjah 4 di Sabah ini bijak enggan terima gula-gula penceroboh tandas sekolah – Awas jauhi umpan pedofilia

Seorang murid perempuan Darjah Empat melakukan keputusan bijak apabila enggan menerima gula-gula yang ditawarkan oleh penceroboh tandas di sebuah sekolah di Inanam, Kota Kinabalu.

Lelaki yang tidak dikenali itu menceroboh masuk sekolah itu dalam dua kejadian berasingan pada 26 dan 27 September lalu, lapor BH.

Pada hari kedua kejadian pula, lelaki mencurigakan itu sekali lagi dilihat berada di tangga surau dan kejadian disedari seorang murid lelaki yang hendak ke tandas.

Lelaki terbabit kemudiannya dikatakan terus melarikan diri ke belakang kawasan tandas lelaki sekolah itu.

Sehubungan itu, pihak sekolah membuat laporan di Balai Polis Inanam bagi mendapatkan bantuan pihak berkuasa.

Susulan itu, pihak polis hadir ke sekolah berkenaan untuk menjalankan siasatan lanjut yang dijalankan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah dipetik BH berkata, pasukan polis dari Balai Polis Inanam dan unit kereta peronda (MPV) diarahkan untuk meningkatkan rondaan di kawasan sekitar.

Baca juga Intai dan ugut lebih 300 kali – Mangsa akhirnya ditikam mati di tandas stesen kereta api bawah tanah

Baca juga Sanggup jual anak umur 10 tahun dekat rakan, bapa ditahan reman