Murid sekolah akan pakai kasut hitam tahun depan, kata Menteri Pendidikan

Murid sekolah akan pakai kasut hitam tahun depan, kata Menteri Pendidikan

DIjangka pada tahun hadapan  murid-murid sekolah akan memakai kasut berwarna hitam, demikain diumumkan  Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik hari ini.

“Ramai ibu bapa mengadu dan meminta supaya anak-anak mereka tidak memakai kasut putih. Ini harapan daripada ibu, bapa tidak kisah sangat.

“Bermula daripada tahun depan, murid-murid akan memakai kasut hitam, bukan kasut putih lagi,” katanya dalam sesi Bicara Minda Sihar Harian di Kompleks Karangkaraf Shah Alam hari ini.

Selain itu Dr Maszlee berkata, kementeriannya komited untuk mengurangkan beban pelajar yang dilihat menggalaskan beg sekolah yang berat.

Beliau juga berhasrat untuk menyaksikan pelajar sekolah menguasai lebih dua bahasa menerusi sistem pendidikan negara.

“Saya bertemu dengan Duta Finland baru-baru ini dan beliau berkongsi mengenai sistem pendidikan di sana. Katanya murid-murid di sana menguasai sekurang-kurangnya empat bahasa.

“Dengan itu, saya juga berhasrat dan komited untuk pelajar Malaysia menguasai sekurang-kurangnya tiga bahasa dalam masa lima tahun ini,” tambahnya

Dr Maszlee juga berkata beliau akan memastikan pelajar lepasan sekolah di Malaysia dilihat bertaraf antarabangsa.

9.7
OVERALL SCORE
: 9.0
2 user votes x 10.0
CATEGORIES
TAGS