Malaysia Dateline

Murid Tahun 1 sehingga 5 akan terima Bantuan Awal Persekolahan RM100 pada Januari

Semua murid tahun satu hingga tahun lima di sekolah rendah yang terdiri daripada isi rumah pendapatan kurang daripada RM3,000, akan menerima RM100 setiap seorang pada Januari tahun depan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau dalam kenyataan hari ini berkata kerajaan telah memperuntukkan RM328 juta untuk program Bantuan Awal Persekolahan

“Kerajaan memahami dan prihatin mengenai perbelanjaan ibu bapa perlu untuk kelengkapan persekolaha yang akan bermula bulan depan.Tujuan utama bantuan ini adalah untuk meringankan beban mereka, “katanya.

Lim berkata kerajaan juga tetap komited untuk menyediakan peluang pendidikan yang berkualiti untuk pelajar dari semua latar belakang, selain bantuan barang keperluan dan perlatan persekolahan.