Musa Aman pertama kali hadir sidang Dun Sabah hari ini

Musa Aman pertama kali hadir sidang Dun Sabah hari ini

Bekas ketua menteri Musa Aman buat pertama kalinya hadir pada persidangan Dun Sabah hari ini.

Adun Sungai Sibuga itu yang tidak hadir dalam istiadat pembukaan rasmi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Persidangan DUN Sabah Khamis lepas dan persidangan pertama semalam merupakan satu-satunya Adun Umno di Sabah yang tinggal selepas semua rakan seperjuangannya berpaling kepada PPBM.

Sebelum ini, beliau turut gagal hadir ke 2 sesi sidang DUN yang diadakan tahun lepas dan turut menjadi Adun terakhir yang mengangkat sumpah pada 5 Sept.

Tahun lalu, beliau memberikan alasan gagal menghadiri mesyuarat dan lewat mengangkat sumpah atas alasan masalah kesihatan.