Malaysia Dateline

Musa Aman tidak bertanding di PRN Sabah

Individu utama yang mencetuskan gerakan cubaan rampasan kuasa pentadbiran Shafie Apdal, Musa Aman disahkan tidak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan berlangsung pada 26 September nanti.

Kelibat Musa Aman tidak kelihatan selepas beliau tidak hadir menyerahkan borang pencalonan di ketiga-tiga Dun di Libaran.

Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Irman Tajuddin Edy telah mengumumkan proses penamaan calon ditutup jam 11 pagi tadi.

Sebelum ini, Musa dijangka bertanding di DUN Sungai Manila.

Dalam pilihan raya 2018, beliau menang di DUN Sungai Sibuga.