Musa Aman-Yamani Hafiz: Angkat sumpah atau kosongkan kerusi, soal Pemuda AMANAH Sabah

Musa Aman-Yamani Hafiz: Angkat sumpah atau kosongkan kerusi, soal Pemuda AMANAH Sabah

Khairuddin Daud

Pemuda AMANAH Sabah memberi kata dua kepada Tan Sri Musa Aman dan anaknya Yamani Hafiz Musa untuk segera mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat di negeri itu atau mengosongkan kerusi yang dimenangi mereka pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Ketua Pemuda AMANAH Negeri Sabah Khairuddin Daud berkata, tindakan melengah-lengahkan upacara angkat sumpah di dewan undangan negeri hanya menyusahkan rakyat Sabah di kawasan yang mereka menangi.

“Segala permasalahan dan isu-isu rakyat tidak dapat dibawa dan diselesaikan di Dun dan Parlimen.

“Kami berpandangan sekiranya Tan Sri Musa dan Yamani Hafiz memerlukan lebih tempoh masa untuk upacara angkat sumpah, demi kepentingan rakyat, lebih baik Tan Sri Musa dan Yamani Hafiz mengosongkan kerusi Dun dan Parlimen yang mereka tandingi bagi memberi laluan kepada wakil rakyat ‘Sabah Baru’ membawa suara rakyat di Parlimen dan Dun,” ujarnya dalam kenyataan.

Beliau mengulas mengenai desakan Ketua Pembangkang Sabah Datuk Dr Jeffry Kitingan agar Adun Sungai Sibuga mengangkat sumpah. Sekiranya tidak berbuat demikian menurut peruntukan undang-undang Perlembagaan beliau hanya ada masa sehingga 11 September depan.

Musa dan anaknya belum mengangkat sumpah selepas masing-masing memenangi kerusi Dun Sungai Sibuga dan Parlimen Sipitang.

Musa dilaporkan kini berada di London dan menurut sumber, anaknya turut bersama dengan beliau  menemaninya menjalani rawatan penyakit kritikal yang dialaminya sejurus selepas PRU berakhir.

Terbaru, Musa  memohon tempoh masa mengangkat sumpahnya dipanjangkan lagi yang sepatutnya sehingga awal September tahun ini, bagi memberi peluang kepadanya menjalani rawatan di luar negara.

Justeru Pemuda AMANAH Sabah berpendapat tiada pihak yang terkecuali daripada mematuhi undang-undang yang telah termaktub dalam perlembagaan.

“Perlembagaan memperuntukkan, seorang wakil rakyat perlu mengngkat sumpah dihadapan Speaker dalam tempoh masa 90 hari.

“Beliau tidak boleh meminta keistimewaan sebegini atas alasan menjalani rawatan diluar negara.

“Sebelum ini Tan Sri Muhidin Yassin menjalani rawatan di luar negara iaitu di Singapura. Namun, kerana memahami tuntutan undang-undang, beliau telah hadir ke Parlimen bagi tujuan mengangkat sumpah.

“Maka, mengapa Tan Sri Musa enggan berbuat sedemikian? Dan adakan Yamani Hafiz juga sakit sehingga tidak mahu hadir ke Parlimen untuk upacara tersebut?,” soalnya.

Pada Selasa Ahli Parlimen Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen di Dewan Rakyat dihadapan Yang Dipertua Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof selepas beliau menjalani pembebedahan membuang ketumbuhan di pankreas di Hospital Mount Elizaberth, Singapura selepas  dibenarkan keluar pada 6 Ogos lalu.

9.0
OVERALL SCORE
: 9.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS