Musa cadang BN panggil PRU tahun depan

Musa cadang BN panggil PRU tahun depan

Ekoran kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam dua pilihan raya kecil baru-baru ini, bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam berkata, dia akan memanggil pilihan raya umum tahun depan jika beliau adalah perdana menteri.   “Dua pilihan raya kecil diadakan ketika pemimpin dan kerajaan BN diserang secara besar-besaran. Ia tidak pernah dilalui oleh BN (sebelum ini). Lagi pun, BN dan Umno tidak dalam keadaan stabil.

“(Namun) Umno masih menang dengan majoriti yang di luar jangkaan,” katanya sebagaimana dipetik oleh Sin Chew daily hari ini.

BN menang dengan majoriti 9,191 di Sungai Besar manakala di Kuala Kangsar pula majoriti BN adalah 6,969 undi, jauh lebih besar berbanding pilihan raya umum lalu.

Bagi Musa, BN peluang menggunakan momentum yang diperolehi melalui pilihan raya  kecil ini dengan mengadakan pilihan raya umum segera tahun depan.

COMMENTS

Wordpress (0)