Musa dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan

Musa dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan

Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dibawa keluar dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini untuk ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi menghadapi pertuduhan berkaitan kes rasuah.

Bernama melaporkan,  kereta Toyota Alphard yang membawa Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Sibuga itu dilihat meninggalkan bangunan tersebut pada 1 tengahari, diiringi empat kenderaan pengiring dan tiga motosikal.

SPRM dalam kenyataan hari ini berkata Musa akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 2 petang ini.

Musa akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997.

Musa dijangka berdepan 35 tuduhan rasuah di mahkamah hari ini.

Beliau dijangka berdepan dakwaan berhubung beberapa kes membabitkan konsesi balak di Sabah.

Portal berita yang memetik sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata jumlah terlibat sekitar US$63 juta (RM243 juta).

Ketua pendakwaan kes Datuk Seri Gopal Sri Ram mengesahkan tuduhan terhadapnya di ibu pejabat suruhanjaya itu.

COMMENTS