Musim durian Melayu akan bergaduh

Musim durian Melayu akan bergaduh

Adik saya di kampong dekat Ulu Bernam, Tanjong Malim semalam talipon saya durian di kebun dah berbunga.

Dia gembira sebab empat bulan lagi selepas bulan Syawal musim durian akan bermula.

Ramailah adik beradik dari luar rajin balik ke kampong. Durian dah berbunga. Tak lama lagi musim durian akan tiba.

Saya teringat Pak saudara saya di kampong pernah berkata kepada saya ..  ‘Nak tengok orang Melayu bergaduh, tunggu musim durian’.

Memang betul. Masa musim durian ramailah adik beradik akan tak bertegur sapa.  Kata mengata. Umpat mengumpat. Merajuk.

Abang yang duduk di kampong dialah yang urus segala-galanya. Menjaga pokok durian, menebas rumput dan lalang, meracun, bayar cukai tanah dan lain-lain. Dialah berkuasa.

Adik beradik yang lain tak nampak muka. Tak tolong jaga kebun. Tak bayar cukai. Tak balik kampong pun.

Bila musim durian barulah nampak muka. Barulah balik. Menyebuk. Banyak tanya. Berapa hasil buah durian? Mana duitnya? Macam-macam lagi.

Si abang yang jaga kebun di kampong tak suka banyak soalan. Dia kata makanlah buah durian tu. Jangan banyak tanya. Tapi adik-adik dalam hati resah dan suka bertanya. Mana hasil durian? Mana duit durian?  Siapa dapat? Siapa dapat lebih?

Kebun jiran sebelah nampak macam tenang sahaja. Adik beradik ramai balik ke kampong dan ke dusun durian. Tapi nampak macam ok je. Abang yg jaga kebun pandai jaga adik-adik.

Apa yangg Pak Saudara saya kata lima puluh tahun dahulu itu masih saya dengar di telinga saya sekarang.

‘Nak tengok orang Melayu bergaduh tunggu datangnya musim durian’.

Mana tak?

Pembahagian tak sama rata.  Ada dapat banyak.  Ada dapat sikit.  Ada tak dapat langsung.

Adik disayangi dapat. Adik yangg cakap banyak tak dapat.  Begini perang pun boleh.

 

Durian Politik  

Ada orang kata politik pun begitu.  Macam musim durian juga. Politik durian.

Nak tengok Melayu bergaduh tunggu musim durian !!

COMMENTS

Wordpress (0)