Muslim Care rayu orang ramai bantu mangsa gempa bumi Sulawesi

Muslim Care rayu orang ramai bantu mangsa gempa bumi Sulawesi

Pertubuhan kebajikan Muslim Care Malaysia merayu orang ramai supaya menghulurkan bantuan bagi membantu meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa gempa bumi dan tsunami yang berlaku di kepulauan Sulawesi, Indonesia beberapa hari lepas.

Gempa Bumi berukuran 7.7 SR yang berlaku di Palu, Sulawesi, Indonesia pada jam 6.02 petang, 28 September 2018 itu mengakibatkan angka korban melebihi 300 orang sementara kecederaan melebihi 500 orang.

Dalam bencana tersebut juga, banyak berlaku kerosakkan pada bangunan-bangunan dan juga kediaman.

Sehubungan itu, Muslim Care Malaysia melancarkan Tabung Bantuan Kecemasan Gempa Bumi & Tsunami di Palu, Sulawesi, Indonesia bagi membantu mangsa-mangsa yang terkesan daripada bencana tersebut.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Muslim Care Malaysia:
Maybank: 5644 9041 3882
Bank Islam: 14 0140 1014 7470
Bank Muamalat: 14 0100 0765 4717

SMS/Whatsapp slip sumbangan kepada:
Hotline: 011 500 500 35
Ust Rashdan: 017 333 3881
En Safuan: 013 488 6447
En Johari: 016 997 8323
Hj Zulkifli: 019 251 8771

Untuk maklumat tentang aktiviti Muslim Care Malaysia, sila layari: Website: www.muslimcaremalaysia.com