Seawal jam 8 pagi, masyarakat di Cameron Highlands mulai menunaikan tanggungjawab untuk keluar mengundi.
Komuniti Orang Asli dari Kampung Sungai Ubi serta pengundi warga emas berkerusi roda selain Orang Kurang Upaya (OKU) antara golongan terawal dilihat memasuki pusat pengundian di SMK Sultan Ahmad Shah di Tanah Rata.
Kumpulan Serikandi PPBM Perak diketuai Norhaslinda Zakaria berada di seberang Kompleks Pejabat Penghulu Tanah Rata seawal jam 8.30 pagi.
Kehadiran mereka dengan bendera PH dilihat memeriahkan suasana serta disambut hon dan teriakan ‘Hidup Pakatan’ daripada sesetengah pengundi yang berkenderaan.
Walau bagaimanapun, suasana meriah itu kemudiannya hangat seketika apabila seorang penyokong BN mulai memprovokasi sebelum ditenteramkan anggota polis bertugas.
Berikut antara gambar menarik dirakam lensa Malaysia Dateline di SMK Sultan Ahmad Shah pagi ini:







