Malaysia Dateline

Mustahil Mahiaddin ada sokongan majoriti, kata parti pembangkang

Sebahagian parti pembangkang menyatakan kesepakatan tetap menolak kepimpinan Tan Sri Mahiaddin Md Yassin.

Ahli Parlimen Pakatan Harapan bersama Ahli-ahli Parlimen Tuaran (UPKO), Simpang Renggam (Bebas), Selangau dan Sri Aman (PSB) menyatakan pendirian itu susulan selepas pengumuman Mahiaddin bahawa dirinya mempunyai sokongan majoriti yang kuat.

Bagi pembangkang, dengan penolakan sokongan mereka adalah mustahil Mahiaddin masih mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat selepas pengumuman penarikan balik sokongan sejumlah Ahli Parlimen kerajaan semalam.

“Kami juga kekal dengan pendirian bahawa Tan Sri Mahiaddin dan seluruh Jemaah Menteri mesti meletakkan jawatan,” katanya.

Kenyataan yang dikeluarkan ini bersama Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden AMANAH Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu, UPKO) Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Parti Sarawak Bersatu, PSB Tn Baru Bian, Datuk Masir Kujat, dan bebas Dr Maszlee Malik.

Semalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) sebulat suara menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Umno juga mendakwa mempunyai surat akuan mencukupi daripada Ahli Parlimen parti itu untuk menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri.

Surat akuan itu sudah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Mahiaddin dalam pengumuman tengah hari tadi menegaskan, beliau masih mempunyai majoriti ahli Dewan Rakyat dengan menerima sejumlah surat akuan daripada Ahli Parlimen

Bagaimanapun, satu usul undi percaya terhadap dirinya selaku Perdana Menteri akan dikemukakan pada sidang Parlimen, September ini.