Malaysia Dateline

Mustahil untuk diubah walaupun berdoa sakan!

Masa saya kecil-kecil dulu saya agak suka juga baca majalah “Gila Gila”. Dalam satu edisinya, ia pi bawa satu kisah yang agak menarik.

Ia tentang kisah seorang pelajar yang sedang baca doa. Doanya berbunyi:-

” Wahai Tuhanku, tolonglah aku. Tolong lah pi tukaq Kota London itu sebagai Ibu Negara Malaysia!”.

Ibu pelajar itu yang terdengaq doa pelik anak dia itu, lalu pi tanya anak dia.

“Awang, apasai hang doa lagu tu? Lain macam je mak dengaq doa hang tu!”

Dia jawab, “Mak.. tadi masa jawab periksa, Awang tersilap jawab soalan mak. Awang tersilap jawab Ibu Negara Malaysia. Awang pi bubuh jawab C.. LONDON. Tu yang Awang sedang pulun berdoa la ni”.

Moral of the story ;

Ada perkara dalam kehidupan ini mungkin hampir mustahil untuk diubah walau kita pulun berdoa sakan!!!