Malaysia Dateline

Datuk Mahfodz Mohamad

Musuh Pas bukan Umno, kata Mahfodz

Pas kini dilihat bukan lagi menyasarkan Umno sebagai musuh utama mereka sebaliknya sasaran itu telah diubah kepada Parti Amanah Negara (AMANAH).

Ketua Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed mengesahkan, objektif mereka untuk jatuhkan AMANAH di negeri Johor dalam satu ucapan di program Fastaqim 2.5 di negeri itu.

“Kita nak jatuhkan AMANAH yang tidak amanah. Kalau tuan-tuan kalah di Parit Yaani, malulah nak letak mana muka Pas di sini?” ujarnya.

Program Fataaqim 2 Pas yang diadakan di Dun Parti Raja.

Dalam pada itu, Umno yang menjadi musuh tradisi Pas sejak sekian lama tidak dibangkitkan.

Tapak program berada di Dun Parit Raja yang dimenangi Umno tidak langsung disentuh oleh beliau.

Selain itu Pas Johor hanya menyasarkan kemenangan bagi 12 kerusi Dun Johor sahaja dan tidak berminat untuk memerintah negeri Johor.

“Maka kita berusaha sungguh-sungguh untuk menang tiga kali ganda daripada yang kita menang pada PRU13 iaitu 12 Dun (dari 4 Dun) di Johor ini.

“Kita boleh menjadi pembangkang yang kuat, pembangkang yang efektif dan juga boleh jadi ‘king maker’ di negeri Johor ini,” sambung Mahfodz.

Mahfodz juga menyarankan agar ahli Pas berkerja bersungguh-sungguh bagi mencapai matlamat yang dikhendaki oleh partinya.