Malaysia Dateline

Muzium Bukit Mertajam punyai pelbagai khazanah unik dan tradisional

BM Muzium atau Muzium Bukit Mertajam yang terletak di Kampung Tanah Liat, Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah jika dilihat dari jauh ia kelihatan seperti sebuah rumah tradisional Melayu dengan ukiran tersendiri. 

Namun begitu apabila menjejak kaki ke dalam muzium tersebut ia mempunyai seni warisan yang amat berharga apakala bahan yang dipamirkan adalah barangan yang sukar lagi ditemui pada zaman ini. 

Pemiliknya, Yong Kein Sun sanggup menjelajah sehingga ke Myanmar, Thailand, Vietnam maupun Indonesia bagi mendapatkan koleksi warisan tradisi yang pernah digunakan sejak zaman sebelum merdeka sehinggalah selepas kemerdekaan dicapai. 

Antara koleksi menarik yang masih kekal dan dipulihara dengan baik ialah seterika arang, cangkul lama, kamera, radio, lampu dan pelita, piring hitam, pemain piring hitam atau ‘record player’, mesin taip, basikal lama, beca, setem, piring, wang kertas lama, syiling lama dan lain-lain barangan tradisional lagi.

Walaupun BM Muzium terletak di tengah kampung, ia menjadi salah sebuah pusat informasi yang amat berguna bukan saja kepada para pengunjung, tetapi juga kepada para pelajar dan peminat koleksi lama di Seberang Perai. 

Antara koleksi lama dan tradisional yang terdapat di Muzium Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah;