Malaysia Dateline

Myanmar musnah lebih 17 hektar ladang candu di timur negeri Shan

Pihak berkuasa Myanmar telah memusnahkan 43 ekar (17.4 hektar) ladang candu di tiga kawasan perbandaran di timur negeri Shan, lapor agensi berita China Xinhua memetik akhbar Global New Light of Myanmar.

Ladang candu terbabit, dimusnahkan oleh pasukan gabungan polis pada Rabu, meliputi ladang yang terdapat di kampung-kampung dalam perbandaran Hopong, Pinlaung dan Hsihseng.

Langkah itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan bagi mengekang pengeluaran candu di Myanmar.

Myanmar menyaksikan penurunan ketara dalam penanaman popi candu pada 2017 kepada 41,000 hektar, iaitu merosot sebanyak 26 peratus daripada 55,500 hektar yang dicatat pada 2015, menurut Myanmar Opium Survey 2017.

— BERNAMA