Malaysia Dateline

Mapim telah memulakan bantuan kemanusiaan kepada mangsa yang telah sempat melarikan diri merentasi sungai Naf untuk masuk ke Bangladesh pada 14 hingga 18 Disember lalu

Myanmar tahan bot yang membawa 93 Rohingya ke Malaysia

Pihak berkuasa di Myanmar telah menahan sebuah bot yang dinaiki oleh 93 orang Rohingya, yang cuba meloloskan diri dari kem penempatan di barat Wilayah Rakhine dan berharap untuk ke Malaysia, lapor Reuters.

Bot tersebut dipercayai kali ketiga ke Malaysia dan berhenti di perairan Myanmar kerana hujan monsun yang menyebabkan keadaan arus ombak yang berbahaya.

Moe Zaw Lat, pengarah sebuah pejabat kerajaan di Dawei, sebuah bandar di selatan Myanmar berkata, nelayan-nelayan berdekatan telah membuat aduan tentang kehadiran sebuah ‘bot’ yang dalam keadaan menyangsikan.

Tentera laut kemudian bertindak menahan 93 orang yang menaiki bot tersebut yang dikatakan berasal dari kem Thae Chaung di ibu negeri Sittwee, Wilayah Rakhine, jelas beliau.

Lokasi Thae Chaung ialah kira-kira 900 km barat daya Dawei dan merupakan penempatan kem orang-orang Rohingya.

Jelas Moe Zaw Latt, “Mereka mengatakan bahawa mereka melarikan diri dari kem tersebut dan berhasrat untuk ke Malaysia.”

Tambah beliau, pihak berkuasa kini sedang dalam proses untuk menghantar mereka balik ke Sittwe.

Bot tersebut memberi gambaran keadaan bot yang sering digunakan oleh orang-orang Rohingya dalam usaha melepaskan diri daripada keadaan seperti apartheid di Wilayah Rakhine, di mana pergerakan dan capaian ke perkhidmatan mereka sering disekat.

Kata agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Myanmar seharusnya “menyelesaikan permasalahan utama yang menyebabkan perpindahan Rohingya,” termasuk isu-isu seperti hak kewarganegaraan Rohingya, yang menganggap mereka merupakan orang tempatan di Wilayah Rakhine.

Walaubagaimanapun, Myanmar menganggap Rohingya sebagai pendatang tanpa sah dari benua kecil India dan telah menempatkan berpuluh ribu kem di Sittwee, selepas kejadian ganas berlaku pada tahun 2012.

Lebih daripada 700,000 Rohingya menyeberangi sempadan Bangladesh tahun lepas untuk melarikan diri daripada tekanan askar di utara Wilayah Rakhine, kata agensi-agensi PBB.

Penyiasat yang mendapat mandat PBB telah menuduh askar Myanmar melakukan “pembunuhan kaum dengan niat” dan penghapusan kaum.

Pegawai rasmi Myanmar berkata mereka sedia menerima Rohingya yang mahu pulang dari kem pelarian di Bangladesh. Walaubagaimanapun, pelarian tersebut dan beberapa agensi terlibat menolak tawaran berikut kerana keadaan di Myanmar masih tidak selamat.