Myanmar tempatkan migran Rakhine di kawasan muslim Rohingya yang dibinasakan

Myanmar tempatkan migran Rakhine di kawasan muslim Rohingya yang dibinasakan

Migran Rakhine kini mula masuk ke bahagian-bahagian tertentu yang telah “dikosongkan” di Wilayah Rakhine yang dulu diduduki etnik Rohingya yang majoriti beragama Islam.

Kelompok migran Rakhine, yang datang daripada keluarga miskin tetapi secara relatifnya menghadapi kehidupan yang stabil di bahagian selatan, setakat ini masih sedikit jumlahnya.

Tetapi mereka, menurut laporan media antarabangsa AFP, membawa harapan besar sebagai pemula kepada pelan “penempatan semula penduduk Rakhine”, yang dibiayai bagi mengimbangi penduduk yang majoriti beragama Islam.

Hampir 700,000 etnik Rohingya telah dihalau dari bahagian utara Rakhine ke Bangladesh sejak 25 Ogos tahun lalu oleh tentera Myanmar atas alasan mereka diserang oleh pasukan bersenjata Rohingya.

300,000 lagi etnik Rohingya didesak keluar dari bahagian selatan dan tengah Rakhine melalui kempen tentera yang bermula sejak 1970an lagi.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan operasi tentera ke atas etnik Rohingya sebagai operasi penghapusan etnik.

Myanmar bertegas menafikan dakwaan tersebut dan berkata pelarian-pelarian dijemput pulang semula ke Myanmar.

Tetapi setakat ini, menurut laporan AFP, Myanmar hanya membenarkan 374 daripada 8,000 orang pelarian tersebut pulang.

Sewaktu ketiadaan etnik Rohingya yang kini menjadi pelarian, Myanmar kini, menerusi biaya kerajaan dan tentera, telah mengubah kawasan utara Rakhine.

“Pihak tetra telah merancang lanskap sosial di utara Wilayah Rakhine bagi mengimbangi jumlah penduduk Rohingya sejak awal 1990an,” kata Francis Wade, pengarang buku Myanmar’s Enemy Within: Buddhist Violence and the Making of the Muslim ‘Other’.

Minoriti Islam dinafikan kerakyatan dan dilabel sebagai “Bengali”, iaitu pendatang dengan fokus mereka akan pergi ke negara asal mereka.

Apa yang dilakukan sama corak dengan apa yang dilakukan oleh Israel di Tebing Barat dengan mewujudkan komuniti Buddha, mengubah keadaan dan perlahan-lahan menghalau keluar kelompok Islam,” tambah beliau.

0.0
OVERALL SCORE
Have no any user vote