Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
MyCC pelawa awam ambil bahagian dalam kajian pasaran sektor perkhidmatan

MyCC pelawa awam ambil bahagian dalam kajian pasaran sektor perkhidmatan

BernamaJanuary 29, 2020 7:59 am




Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mempelawa orang ramai dan pihak berkepentingan untuk mengambil bahagian dalam kajian pasaran terhadap sektor perkhidmatan di Malaysia (borong dan runcit bagi produk terpilih).

MyCC dalam satu kenyataan hari ini berkata objektif kajian adalah untuk lebih memahami struktur pasaran dan menilai aktiviti pasaran di sepanjang rantaian bekalan bagi mengenal pasti sebarang tingkah laku anti-persaingan dalam perdagangan borong serta runcit untuk produk terpilih dalam makanan dan minuman yang diproses, produk penjagaan peribadi, produk pembersihan rumah termasuk pakaian.

“Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji semula apa-apa polisi atau peraturan yang mungkin menghalang persaingan dalam industri. Oleh itu, orang awam yang berminat dan pihak yang berkepentingan adalah dialu-alukan untuk memberi maklum balas mengenai kajian semula pasaran terbabit. Mereka boleh menyertai kajian tersebut secara dalam talian dengan menghantar maklum balas kepada [email protected],” katanya.

Menurut MyCC lagi, orang awam dan pihak berkepentingan juga boleh mengambil bahagian dalam rundingan awam secara fizikal yang akan diadakan di Kuching pada 27 Feb, 3 Mac di Kuala Lumpur dan 9 Mac di Kota Kinabalu.– BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Vaksin COVID-19: Khairy kecewakan rakyat Malaysia

4,029 kes baru tertinggi direkodkan hari ini

Muhyiddin digesa sahkan kesahihan surat projek bina dewan RM35 juta

Polis tidak kompromi, penganjur edar ayam beku didenda

Darurat: Penting untuk pembangkang sertai JK Khas sebagai semak dan imbang

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production