N9 mahu eratkan hubungan aktivis, penyokong PH

N9 mahu eratkan hubungan aktivis, penyokong PH

Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Sembilan dengan akan mengadakan majlis makan malam bagi mengeratkan permuafakatan antara aktivis dan penyokong Pakatan Harapan dengan masyarakat setempat.

Majlis makan malam yang akan berlangsung pada 13 Mei di Kompleks Latihan Islam, Ampangan, Negeri Sembilan itu juga bertujuan mengumpul dana bagi menghadapi Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14).

Menurut pengarahnya, Mohd taufek Abdul Ghani, majlis tersebut akan dipersiapkan secara gotong-royong bagi menjana permuafakatan ini.

“Ini seterusnya akan membuktikan bahawa dakwaan sesetengah pihak bahawa majlis ini bertujuan menimbulkan ketegangan dan ancaman keselamatan adalah amat tersasar,” katanya.

Majlis Makan Malam ini akan juga akan dihadiri beberapa pimpinan utama Pakatan Harapan tempatan dan nasional antaranya Presiden Amanah Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR Rafizi ramli dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Lok.

COMMENTS

Wordpress (0)