Nabila Huda akhirnya dedah rahsia ketiak putih, terkejut kucing jadi ‘bahan’ utama

Oleh WAN SITI AMINAH

Para peminat pelakon popular, Nabila Huda sebelum ini menuntut agar wanita berkenaan berkongsi petua untuk memutihkan ketiak.

Hal ini berikutan ketiak Nabila kelihatan begitu cerah ketika mengenakan pakaian tradisional Jawa iaitu kain batik berkemban bersama ikatan selendang di pinggang.

Difahamkan, pakaian tanpa lengan itu dikenakan Nabila saat memegang watak Nyai Sunarti dalam teater Muzikal Lantai T Pinkie iaitu karya agung Datuk A Samad Said.

Persembahan yang berjaya menarik perhatian ramai itu sekaligus menyebabkan segelintir peminat meminta Nabila berkongsi rahsianya bagi mendapatkan ketiak cerah.

Setelah menunggu petua tersebut selama beberapa minggu, peminat akhirnya menerima tips melucukan daripada Nabila yang tidak pernah difikirkan orang lain.

Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Nabila Huda menunjukkan kaedah ‘semula jadi’ diamalkannya untuk mencerahkan ketiaknya.

Hantaran video tersebut merakamkan pelakon berusia 38 tahun itu sedang berbaring di katil sambil membiarkan ketiaknya dijilat kucing peliharaan yang dikenali sebagai Akiko.

“Sekarang kamu semua tahu rahsia saya. Persoalan mengenai ketiakku yang lebih cerah daripada masa depan anda, telah terjawap,” tulis Nabila di ruangan kapsyen.

@abilsuhaimi

Now you know my secret already..Persoalan ketiak ku lebih cerah dari masa depan anda, telah terjawap..🤣😜 #Fyp #Biarmukatakcantiktapiketiakputih

♬ original sound – Nabila Huda – Nabila Huda

Di dalam hantaran berkenaan, anak kepada penyanyi lagenda, Amy Search itu turut berseloroh dengan mengatakan bahawa syurga kucing tersebut terletak di ketiaknya.

“Inilah rahsia ketiak saya putih. Lagi Aki, lagi (meminta Akiko agar terus menjilat). Syurga di (bawah) ketiak Mummy.” Seloroh wanita yang mesra dikenali sebagai Abil itu.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna berkongsi pendapat yang sama di mana mereka semua terhibur dengan perkongsian dibuat Nabila itu.

Malah, ramai juga pelayar TikTok yang menonton video berkenaan mengaku bahawa kucing peliharaan milik mereka memang gemar menjilat ketiak tuannya.

“Ayat paling sempoi abad ini. Syurga di ketiak mummy. Nak gelak ke nak menangis,” kongsi seorang pengguna yang terhibur dengan perkongsian tersebut.

“Betul, kucing saya dulu pun cium ketiak sampai leleh-leleh air liur dia. Bau ikan masin ke apa ketiak aku ini.” Seloroh pengguna lain yang menghadapi kejadian sama.

Baca juga: Hilang suara sebab demam, batuk, Anuar Zain terpaksa sedut nebulizer masa konsert