Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Nafas sumbang peruntukan diesel RM300ribu bantu petani Kedah, P. Pinang

Nafas sumbang peruntukan diesel RM300ribu bantu petani Kedah, P. Pinang

MOHD ALI HASHIMFebruary 14, 2020 10:39 am




Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) menyalurkan sejumlah RM300 ribu sumbangan bantuan diesel jentera pengepam air bagi mengairi sawah padi serta meringankan beban petani di negeri Kedah dan juga Pulau Pinang.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusinya, Datuk Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi semasa majlis penyampaian sumbangan peruntukan tersebut di Alor Setar semalam.

Jelasnya, inisiatif yang diambil membuktikan keprihatinan dan kepedulian NAFAS terhadap nasib petani sepanjang musim kemarau ketika ini.

“Kawasan yang mengalami kemarau panjang kali ini amat luas.

“Manakala pam air yang disediakan oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) tidak dapat menampung keperluan para petani.

“Sehubungan itu keputusan telah diambil bagi menyalurkan sumbangan tersebut bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh para petani di Kedah dan juga Pulau Pinang, ” ujarnya.

Malah kata beliau lagi, peruntukan tersebut diserahkan kepada Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) untuk diagihkan kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) agar ianya dapat disalurkan kepada petani terlibat.

Sejajar dengan itu tambahnya, bancian bagi menentukan mereka yang layak akan dilakukan oleh PPK bagi memastikan mereka yang layak untuk menerima sumbangan tersebut.

Tegas beliau lagi sejumlah RM200,000 adalah disediakan bagi negeri Kedah, sementara itu sejumlah RM100,000 lagi adalah bagi petani di negeri Pulau Pinang.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Kos RM35.4 juta boleh buat ujian swab lebih 500,000 rakyat Malaysia

Pejabat PM sahkan RM35 juta untuk projek bina 3 dewan bukan 1 dewan

Hanipa minta gerai jual burger dibuka hingga jam 12 malam

Vaksin COVID-19: Khairy kecewakan rakyat Malaysia

4,029 kes baru tertinggi direkodkan hari ini

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production