Malaysia Dateline

Nafi buat keputusan calon PM, TPM Pakatan Harapan

Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Mohd Sany Hamzan mengeluarkan kenyataan hari ini menafikan Pemuda AMANAH pernah membuat keputusan rasmi berhubung calon Perdana Menteri (PM) dan Timbalan Perdana Menteri (TPM) daripada Pakatan Harapan (PH).

“Mewakili Pemuda AMANAH, saya ingin menegaskan bahawa Pemuda AMANAH langsung tidak ada membuat apa-apa keputusan rasmi berhubung calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Pakatan Harapan (HARAPAN).

“Justeru polemik yang mengaitkan Pemuda AMANAH dalam spekulasi tersebut sama sekali tidak berbangkit,” kata beliau dalam kenyataan ringkas tersebut.

Kata Mohd Sany, sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional juga akan didokong oleh Pemuda AMANAH dengan sepenuh hati.