Nafikan laporan Unicef: Pemuda Harapan selar Mahdzir tidak hirau derita pelajar

Nafikan laporan Unicef: Pemuda Harapan selar Mahdzir tidak hirau derita pelajar

Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir

Menteri Pendidikan Mahdzir Khalid disifatkan ‘egois’ dan ‘bodoh sombong’ oleh Pemuda Pakatan Harapan (PH)kerana beliau menolak laporan laporan kajian Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) mengenai murid terbantut dan tidak mampu membeli makanan di negara ini.

Exco Pendidikan Pemuda PH Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir berkata, ternyata tidak menghiraukan langsung nasib rakyat terpinggir ataupun kelompok marhaen di negara ini.

“Biro Pendidikan beranggapan, setidaknya Mahdzir Khalid akan memilih untuk mendalami kajian tersebut dan memikirkan langkah yang lebih baik untuk membasmi permasalahan yang melanda rakyat.

“Namun jawapan yang dilontarkan adalah sebaliknya, apabila beliau dengan jelas menolak 100% laporan tersebut dan mengalihkan kepada penyelesaian menerusi agenda Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

“Tindakan beliau itu menidakkan bahawa terdapat isu ‘malnutrisi’ di negara ini,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan balas Menteri Pendidikan semalam di dewan rakyat yang dipetik berkata, kerajaan juga melaksanakan pelbagai inisiatif memastikan kesejahteraan murid di negara ini dijaga, termasuk Rancangan Makanan Tambahan (RMT) untuk manfaat 458,483 murid sekolah rendah daripada golongan berpendapatan rendah dan luar bandar tahun ini.

Beliau menjawab pertanyaan tambahan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) yang mahu penjelasan Kementerian Pendidikan mengenai laporan Unicef berkenaan yang diterbitkan baru-baru in

Pemuda PH turut melampirkan hasil kajian Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi Buku Panduan Rancangan Makanan Tambahan yang membuat kajian dan menyebut pada perenggan 1.2 mengenai rasional untuk diadakan program Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Perenggan 1.2 menyatakan bahawa hasil kajian mendapati;

“1.2.1. Di antara 15-20 peratus daripada jumlah murid yang datang ke sekolah mengalami ‘kelaparan tersembunyi’ iaitu tidak bersarapan (sekolah pagi) atau makan tengah hari (sekolah petang).

1.2.2. Lebih kurang 35 peratus murid sekolah rendah menunjukkan tanda-tanda salah pemakanan (malnutrition).

1.2.3. Salah pemakanan dan kesan bersama-sama yang diakibatkan oleh salah pemakanan dan serangan penyakit (infection), menimbulkan pelbagai masalah dari segi pertumbuhan badan (growth), pencapaian dalam pelajaran (learning) serta kelakuan penyesuaian diri (adaptive behavior).”

Mohd Ashraf Mustaqim yang juga Exco Pemuda Bersatu itu, turut menjelaskan, daripada buku panduan yang merupakan hasil kajian Kementerian Pendidikan itu sendiri telah menunjukkan terdapat permasalahan yang besar peringkat nasional mengenai kesusahan rakyat.

“Ia selari dengan isu yang ditimbulkan menerusi kajian Unicef biarpun kajian itu sekadar meliputi PPR di Kuala Lumpur.

“Bagaimana Mahdzir Khalid boleh menafikan hasil kajian Unicef ini sedangkan hasil kajian kementerian turut menampakkan data yang sama, iaitu bebanan kesusahan rakyat yang begitu ketara.

“Lebih menyedihkan apabila beliau merasakan bahawa agenda Rancangan Makanan Tambahan adalah mencukupi,” ujarnya.

Justeru beliau berkata dengan peruntukkan RM2.50 diberikan kepada murid sekolah mencukupi untuk seorang anak kecil mendapat zat makanan yang baik? Makanan apakah yang mampu memenuhi perut murid dari segi zat ataupun gizi yang seimbang?soalnya.

“Malah pengusaha kantin juga hakikatnya mempunyai masalah untuk menyediakan makanan yang baik dan sihat dengan hanya RM2.50 seorang murid diperuntukkan untuk makan dan minum, maka boleh jadi benar isu RMT yang pernah menggemparkan negara baru-baru ini apabila murid hanya dibekalkan nasi kosong dan sosej.

“Saya yakin bahawa Mahdzir Khalid sedikitpun tidak membaca laporan dari Unicef ini malah laporan dari kementerian beliau sendiri.

“Jika tidak beliau tidak akan cuba mengelak untuk membuat penipuan atau memberikan jawapan yang bodoh malah menunjukkan bahawa beliau seorang menteri yang tidak kompetan untuk memperjuangkan nasib rakyat,” ujarnya.

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS