Bila dah ada yang sempurna di depan mata sekalipun, masih ada memilih untuk mencari orang lain walaupun tanpa alasan munasabah.
Baik lelaki mahupun perempuan, kalau sudah ada yang halal maka bertanggungjawablah pada keluarga, jangan sibuk mencari kedua.
Seorang wanita tidak menyangka sikapnya yang tidak pernah mengungkit apabila tidak mendapat nafkah menyebabkan si suami dengan senangnya mengorat orang lain.
Di bawah adalah kisah tersebut.
Saya dah berkahwin ada anak seorang. Baru-baru ni suami saya kantoi ada perempuan lain. Siap bersayang, I love you semua.
Bila saya soal apa kekurangan saya, dia jawab tiada. Saya setiap hari bersiap cantik untuknya, duduk depan pintu masa dia pergi dan balik kerja.
Balik rumah makanan dan minuman sudah tersedia, layanan atas katil pun sering diberikan kecuali ketika uzur.
Saya mesej perempuan tu dan perempuan tu mengaku hanya berkawan, dia tidak tahu suami saya sudah berkahwin.
Daripada mesej mereka, suami saya yang nampak beria-ia tapi perempuan itu tidak, jadi saya tidak salahkan perempuan tu dan perempuan tu sendiri dah ada teman lelaki.
Dia pancing perempuan tu dengan gambar kereta pinjam, siap janji nak belikan motor lagi untuk perempuan tu sedangkan nafkah saya ni tergantung.
Ini bukan kali pertama dia kantoi curang, banyak kali dah sampai saya ni dah penat sebab dia sendiri buat taklik kalau dia cari perempuan lain dia akan ceraikan saya.
Kalau muka tu elok tak apalah juga, sudahlah tak kacak, nafkah isteri pun tak bagi, ada hati nak kahwin dua.
Saya cakap dekat dia bersyukur ada isteri yang sanggup susah senang, tak dapat, suami tak ada duit pun diam sahaja.
Tambah bila motor atau kereta dia rosak, saya yang hulurkan duit dulu walaupun tahu tak akan dapat balik, kalau perempuan lain belum tentu lagi nak tolong dia.
Baru dia tersedar tiada siapa nak dia yang tak berduit sangat tu.
Baca juga: “Aku teringin bersuamikan rakan sekerja, tapi mati akal bila terbayang muka isteri dan 5 anaknya”