Nahas helikopter: Amanah ucap takziah

Nahas helikopter: Amanah ucap takziah

Parti Amanah Negara (Amanah) merakamkan takziah kepada seluruh anggota keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden nahas helikopter di Sarawak.

Presidenny Mohamad Sabu berkata seluruh anggota keluarga yang terlibat diharapkan bersabar di atas segala ujian dan dugaan yang menimpa ini.

“Amanah difahamkan pasukan keselamatan telah dikerahkan dan sedang berusaha sedaya upaya untuk misi mencari dan menyelamat kesemua mangsa yang terlibat.

“Kepada seluruh rakyat Malaysia, marilah sama-sama kita berdoa agar usaha mencari dan menyelamat dipermudahkan oleh Allah SWT.

“Amanah juga berharap sebagai rakyat prihatin, kita tidak membuat sebarang spekulasi awal atau menyebarkan berita tidak benar sehinggalah disahkan oleh pihak bertanggugjawab,” ujarnya dalam satu kenyataan petang ini.

Helikopter yang membawa enam penumpang termasuk juruterbangnya itu ialah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan suami, Asmuni Abdullah serta Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

Penumpang lain ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Ann Amalai serta pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri.

Pesawat itu dilaporkan diterbangkan oleh Kapten Rudolf Rex Ragas.

Serpihan helikopter model Eurocopter AS350 dinaiki kenamaan yang hilang sejak petang semalam dijumpai di Sungai Batang Sadong, Simunjan.

Usaha mencari dan menyelamat di kawasan terbabit diteruskan pagi ini.

Mayat yang ditemui dilaporkan seorang wanita telah ditemui pada jam 12.00 tengahari tadi tidak jauh dari lokasi serpihan pesawat dijumpai.

Mayat kini sudah berada di Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak pada 3.15 petang tadi untuk tujuan bedah siasat.

Bagamanapun penemuan mayat itu telah disahkan oleh Pengarah Pasukan Bomba dan Penyelamat Sarawak Nur Hisham Mohamad ketika menemui mayat itu dikenali sebagai Datuk Noriah Kasnon.

Lima lagi mangsa masih lagi belum ditemui sehingga malam ini.

TAGS