Naib Canselor UMK antara kepanasan selepas kempen untuk BN

Profesor Datuk Husaini Omar (dua dari kanan) antara yang paling bersemangat menyokong BN.

Selepas berkempen secara besar-besaran untuk Barisan Nasional (BN) dalam PRU 14 lalu, kini Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) antara yang sedang kepanasan.

Profesor Datuk Husaini Omar adalah jurukempen utama untuk bekas Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh di Besut.

Pada 30 April lepas, atas nama ‘Ceria ke Sekolah’, Naib Canselor UMK itu turun ke Besut berkempen untuk Idris.

Beliau menyertai program bersama Idris di Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu, Kuala Besut.

Hadir sama ke majlis itu adalah Idris sendiri bersama dengan Ketua Pegawai Operasi (CEO) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), Wan Ahmad Wan Yusof dan Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Dr Siti Hamisah Tapsir.

“Sokong BN, Tok Yih terus menteri KPT, pangkah BN, pangkah BN,” adalah antara slogan yang dilaungkan mereka ketika kempen itu.

Idris telah berjaya mengekalkan kerusi parlimen Besut apabila mendapat 34,335 undi mengalahkan calon Pas, Riduan Mohamad Nor dan Bersatu, Wan Nazari Wan Jusoh.

6.0
OVERALL SCORE
: 6.0
5 user votes x 6.0
CATEGORIES
TAGS