Naik 20sen hari ini tanda akan berlaku kenaikan pada bulan hadapan

Naik 20sen hari ini tanda akan berlaku kenaikan pada bulan hadapan

Kesan daripada keputusan kerajaan menaikkan harga minyak hari ini sebanyak 20 sen tidak dapat dikurangkan dengan penurunan harga minyak pada bulan-bulan akan datang, kata Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man Kesan daripada keputusan kerajaan menaikkan harga minyak hari ini sebanyak 20 sen tidak dapat dikurangkan dengan penurunan harga minyak pada bulan-bulan akan datang, kata Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata  apabila harga barangan dan servis sudah naik, ia agak mustahil untuk diturunkan semula walau apa sebabpun kerana ia berkait rapat dengan gaji dan pendapatan orang-orang tertentu.

“Oleh itu, sejak awal-awal lagi, ramai yang menyuruh kerajaan untuk tidak menaikkan harga minyak sewenang- wenangnya kerana ia membuka peluang kepada kenaikan harga barangan dan servis secara keseluruhannya yang tidak dapat dinyahkan apabila harga minyak kembali turun.

“Nilai Ringgit terhadap USD naik sedikit pada bulan Januari 2017. Harga minyak sedunia pula kelihatan stabil sekitar USD55 setong. Mengapa harga minyak negara naik sebanyak 20 sen pada bulan Februari?” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau  berkata, ketika nilai ringgit lemah, kos harga barang meningkat mendadak, sementara pekerja berharap gaji dan bonus dinaikkan bagi menampung kos tambahan.

Kini, katanya, kos yang meningkat bukan sahaja disebabkan nilai ringgit yang rendah, malah disebabkan harga petrol domestik yang tinggi dan bakal meningkatkan lagi kos pengangkutan.

“Tidak hairan jika kumpulan peniaga terpaksa mengambil keputusan untuk menaikkan harga jualan mereka. Tapi jika semua pihak inginkan penambahan pendapatan (ini bermakna kos perniagaan pada puratanya akan meningkat), siapa pula yang sanggup turunkan harga hanya kerana harga minyak menurun?.

“Ramai yang berkata harga barangan perlu menurun sejajar dengan trend kejatuhan harga minyak. Tapi realitinya, ini tidak akan berlaku. Siapa yang sudi pendapatannya dipotong?,” katanya.

Tuan Ibrahim memberi contoh tambang bas, tambang pengangkutan dan penjual makanan serta barangan.

“Ada siapa yang berdiri keluar untuk menyatakan mereka akan menurunkan harga servis dan produk mereka sejajar dengan penurunan harga minyak?,” soalnya.

 

TAGS