Malaysia Dateline

Naik jejambat tiba-tiba dia ‘recalculating’, ini padahnya bila pembuat dasar terlalu ‘car centric’ bukan ‘people centric’

Ramai pengguna jalan raya khususnya di Lembah Klang mengeluh dengan sistem jalan raya yang semakin berselirat ekoran wujudnya banyak jejambat yang saling berlapis.

Situasi pembuat dasar yang terlalu ‘car centric’ bukan ‘people centric’ juga mengakibatkan navigasi Sistem Kedudukan Global (GPS) seperti aplikasi Waze mengelirukan pemandu lantaran tiba-tiba ‘recalculating’.

“Kalau guna Waze, bila jumpa jalan bertingkat, mulalah meroyan semacam. Lebih selesa guna Google Maps, cuma tak dapat pula kesan perangkap laju,” Siti Normala Ibrahim.

Ada juga warganet berpendapat bahawa GPS tidak boleh membezakan kedudukan atas dan bawah jejambat.

Selain itu, pembinaan jalan bertingkat yang mengganggu isyarat navigasi GPS juga dianggap bahana buat pemandu Grab dan teksi.

Dalam masa sama, muncul pula syor supaya memanfaatkan Sungai Klang sepanjang 120 kilometer (km) yang mengunjur dari tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur sehingga ke Pelabuhan Klang sebagai pengangkutan alternatif.

“Lebuhraya untuk laluan air tak nak buat ke? Boleh naik cruise dari Klang sampai KL,” kata Rashdan Ismail.

Jaringan jalan bertingkat-tingkat yang mengganggu fungsi navigasi GPS turut menarik perhatian pemerhati geografi, MatGeo.

Beliau berpendapat manusia ‘memusnahkan’ navigasi GPS yang dicipta oleh manusia sendiri dengan jalan berlapis dan bersimpul-simpul itu.

Secara berseloroh, MatGeo turut berpendapat gangguan pada navigasi GPS juga mencetuskan perbalahan pasangan suami isteri semasa pemanduan.

“Apabila isyarat GPS terputus dalam kesesakan jalan raya kerana terlindung jejambat demi jejambat, ia mungkin mentafsir laluan berbeza atau mengesyorkan laluan lain yang membuatkan pemanduan terganggu kerana pemandu kekeliruan.

“Ini boleh mengakibatkan pertengkaran suami isteri dalam kereta. Ia juga boleh menyebabkan kemalangan. Pernahkah anda mengalaminya?” soalnya.

Baca juga ’23 tahun! Sampai bila nak letak batu’-Penduduk 3 kampung di Pasir Mas mahu jalan berturap

Baca juga Harga RON97 turun lima sen, RON95, diesel kekal