Naik segan Jep Sepahtu bila terpaksa beritahu ada OCD, patutlah makan karipap guna sarung tangan

Oleh KIM SYAZIE

Pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu mengakui dirinya menghidap penyakit dikenali sebagai Obsessive-Compulsive Disorder (OCD) selepas ianya didedahkan oleh rakan penyampai radio, Linda Onn.

Menerusi perkongsian Linda di Instagram, dia bertanya mengapa Jep mengenakan sarung tangan plastik ketika menjamah sebiji karipap.

Jep kemudian menjelaskan bahawa dia menghidap OCD dan menunjukkan sekotak sarung tangan plastik yang disediakannya di dalam bag.

“Tak ramai yang tahu Jep ada OCD kan? Lepas korek-korek cerita daripada Jep, rupanya macam-macam yang Jep kena hadap. Sabar ya Jep, terima kasih sudi terangkan,” tulis Linda pada ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, Linda berkata macam-macam yang perlu dilalui oleh Jep disebabkan gangguan OCD yang dihadapinya itu.

Contoh perlakuan kompulsif adalah seperti mencuci tangan berulang kali kerana beranggapan ia kotor atau memeriksa selak pintu berulang kali bagi memastikan ianya berada dalam keadaan terkunci.

Sementara itu, pengikut Linda di ruangan komen mula berkongsi pengalaman sama, mendedahkan kisah hidup mereka sebagai penghidap OCD.

Selain itu ada juga yang menitip kata-kata semangat buat Jep supaya terus positif dan memuji reaksi pelawak tersebut yang sentiasa tenang.

“Jep ni comel je. Segan pun comel.”

“Saya peminat awak Jep, Apasal comel sangat awak ni? Camana la Sari dengan anak-anak kat rumah tu kan? Mesti kena sabar dengan awak yang ada OCD

“Kita dah lama tahu, kadang-kadang Kak Sari ada sebut ciri-ciri (sikap) Jep dalam cerita-cerita dia.”

Baca juga: Rangka kereta dilelong pada harga RM8.89 juta! Bukan biasa-biasa jenama kenderaan ini