Naik taraf LTSAH bukan keperluan terdesak rakyat Kedah

Naik taraf LTSAH bukan keperluan terdesak rakyat Kedah

Datuk Mahfuz Omar

Kerajaan Persekutuan disarankan agar tidak memberikan tumpunan menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim ( LTSAH) menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa kerana ia bukan keperluan mendesak bagi rakyat negeri Kedah.

Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak seharusnya melaksanakan program menambah pendapatan pesawah, penoreh getah dan remaja lepasan sekolah menengah yang masih menganggur di Kedah.

“Golongan tersebut merupakan rakyat Kedah yang amat terdesak dengan kedudukan ekonomi mereka akibat daripada Najibnomics.

“Tekanan GST dan penarikan balik subsidi menjadi punca golongan tersebut merana dalam kehidupan seharian mereka masa kini,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak ketika merasmikan Penutup Ekspo Muafakat Kedah di perkarangan Stadium Darulaman pada 3 Mac lalu.

Najib yang juga Menteri Kewangan itu berkata kerajaan akan menaiktaraf sebagai tarikan utama kemasukan pelabur ke Bukit Kayu Hitam, yang bersempadan dengan Thailand.

LTSAH juga kan memberi kemudahan kepada rakyat Kedah dalam urusan menunaikan haji dan umrah.

Kata Mahfuz lagi,menaiktaraf LTSAH sebagai lapangan terbang antarabangsa tidak dapat membantu anak muda lepasan sekolah menengah untuk mendapatkan pekerjaan.

“Amat wajar sekiranya ditambahkan lagi pusat pendidikan vokasional dalam pelbagai jurusan sama ada dalam bidang pertanian,kejuruteraan,masakan dan sebagainya atau membiayai biasiswa dalam tempoh pengajian mereka yang mana biasiswa tersebut bukan seperti pinjaman ceti ala PTPTN,” ujarnya.

Mahfuz berkata dengan adanya Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas di Pulau Pinang adalah lebih strategik untuk keseluruhan pengangkutan udara di utara Semenanjung Malaysia mencukupi.

“Tiada keperluan untuk menjadikan LTSAH sebagai lapangan terbang antarabangsa semata-mata hanya sekadar untuk penerbangan musim haji yang berlaku setahun sekali.

“Tanpa menaik taraf LTSAH sebagai lapangan antarabangsa, penerbangan haji setiap tahun kebelakangan dan terkini pada tahun 2017, ianya tetap boleh terbang dari Alor Setar terus ke Jeddah dan Madinah.

“Rakyat Kedah bijak berfikir serta menilai dan PM Najib tidak perlu mendendangkan irama lapuk sebagai janji pilihanraya sebagai mana janji untuk membina hospital Pendang.

“Rakyat Kedah tak ‘kelapaq’ lapangan terbang antarabangsa sebaliknya terus bertekad mahukan *penghapusan GST,harga minyak yang setabil serta subsidi harga barang yang dapat meringankan kos sara hidup,”ujarnya yang berpandangan Najib itu untuk menaik taraf LTSAH adalah momokan kosong akibat ‘politik panik’.

8.0
OVERALL SCORE
: 8.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS