Malaysia Dateline

Najib fb

Najib anggap biru, merah paling popular disindir netizen

Menurutnya, rakyat sama ada di bandar dan luar bandar menyambut Aidilfitri tahun ini dengan gembira bersama dengan pakaian yang serba indah.

“Saya lihat di Twitter dan Instagram, ceria semua sambut Aidilfitri, tak kira di bandar atau kampung, baju raya pun cantik-cantik.

“Rasanya warna tema paling popular tahun ni, biru dan merah!” dipetik daripada status Facebook beliau semalami.

Walau bagaimanapun, rata-rata netizen memberi reaksi bernada sindiran bahkan kecaman terhadap dakwaan Presiden Umno itu.

Tidak kurang juga ada menganggap kedua-dua warna yang disebutkan Najib itu masing-masing merujuk kepada warna tema bagi BN dan Umno.

Sementara itu, pengguna media sosial yang mungkin merupakan penyokong Bersatu mengaitkan warna merah yang didakwa antara paling popular itu dengan parti berlogokan bunga raya itu.

Pada masa sama, tular di media sosial semalam tentang perbelanjaan percutian Najib di hotel mewah di Bali dengan kos penginapan sebuah bilik sahaja bagi sehari semalam didakwa sebanyak RM 35,163.00.

Kiraan pada maklumat itu juga mendapati sejumlah RM 1,441,683 diperuntukkan bagi menempah 41 unit bilik penginapan dengan keseluruhannya mencecah RM7.2 juta sepanjang tempoh lima hari percutian.