Najib bayar untuk orang makan bersila dengan dia, kata Mahathir

Najib bayar untuk orang makan bersila dengan dia, kata Mahathir

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terpaksa membayar wang untuk menghimpunkan orang ramai dalam program terbaharunya di kawasan Permatang Pauh yang merupakan kubu kuat PKR, dakwa Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, Najib terpaksa bertindak sedemikian bagi memestikan penduduk setempat datang ke programnya.

“Kononnya Najib berjuang untuk Islam, tetapi makan duduk bersila, itulah perjuangan Najib yang sebenarnya.

“Najib kena bayar wang untuk orang makan dengan dia. Kalau tidak bayar duit, saya ingat tidak ada sesiapa makan dengan dia,” katanya sperti dipetik FMT.

Beliau berkata demikian dalam ceramah Jelajah Semarak Selamatkan Malaysia, Selamatkan Rakyat di Kepala Batas, malam tadi.

{loadposition myposition}

Beliau menyentuh lawatan Najib yang turut menghadiri majlis kenduri bersama kira-kira 20,000 orang di Politeknik Seberang Perai, Khamis lalu.

Majlis itu dijangka dicatatkan dalam Malaysia Book of Records sebagai acara paling ramai makan secara bersila dan makan secara berhidang mengikut adat tradisional masyarakat Melayu.

Mahathir yang menyandang jawatan perdana menteri selama 22 tahun berkata, situasi berbeza terjadi dalam ceramahnya pada kali ini bersama kira-kira 3,000 penduduk Pulau Pinang.

Katanya, rakyat dari Pulau Pinang dan beberapa negeri lain hadir tanpa mendapat sebarang bayaran atau upah bahkan sanggup menunggu hingga ke tengah malam demi mendengar syarahan pemimpin PH.

“Dalam ceramah kita, tidak ada seorang pun kita bayar untuk datang, sebabnya kita sendiri tidak ada duit. Tetapi hendak kutip duit bolehlah,” katanya disambut gelak tawa hadirin yang datang.

TAGS